IPOH- Jumlah mangsa yang terjejas akibat banjir di Perak terus meningkat kepada 54 orang daripada 14 keluarga, melibatkan dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Kerian.
Menerusi aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat 8.35 malam, seramai 44 mangsa daripada 10 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak, Bagan Serai.