Bayi dua bulan boleh berdiri

Iklan
Lula boleh berdiri ketika usia dua bulan. - Foto The Sun

KINGSWOOD - Sepasang suami isteri di Kingswood, England terkejut apabila melihat bayi mereka mampu berdiri meskipun baharu berusia dua bulan.

Tezra Finn-Johnston, 31, dan teman wanita, Emily Derrick, 23, menyedari keistimewaan selepas membawa Lula pulang setelah lima hari berada di hospital, lapor The Sun.

Iklan
Iklan

Kata Tezra, bayinya dilahirkan pada 31 Januari dengan berat 2.5 kilogram juga boleh mengangkat kepalanya sendiri.

"Ketika berusia kira-kira satu bulan, dia kerap menangis dan saya berusaha letaknya di lutut untuk tenangkannya.

Iklan

"Namun Lula hanya berdiri di lutut saya dan tidak mahu membengkokkan kedua kakinya.

"Kemudian usia dua bulan hingga hampir 15 minggu, Lula dapat berdiri dan bertahan tanpa sokongan untuk menampung berat badannya," katanya.

Iklan
Tezra bersama isteri dan anaknya.- Foto The Sun

Tezra berkata, walaupun ahli keluarganya berasa hairan namun gembira melihat perkembangan positif Lula.

"Sejarah ahli keluarga kami tiada sesiapa yang boleh berdiri ketika mereka usia dua bulan.

"Dari apa yang saya baca, kira-kira sembilan bulan hingga setahun bayi dapat menampung berat badan mereka sendiri tetapi kes Lula sangat luar biasa," katanya yang sangat mengagumi kelebihan anaknya.