Imigresen serbu Pasar Jalan Othman

Iklan
Khairul Dzaimee sedang melihat operasi Imigresen di Pasar Jalan Othman di sini hari ini.

PETALING JAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) membuat serbuan di sekitar kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pasar Jalan Othman di sini hari ini.

Difahamkan ramai warga asing termasuk dari India, Pakistan, Indonesia dan Bangladesh yang tinggal serta bekerja di kawasan pasar berkenaan.

Iklan
Iklan

Operasi berkenaan bermula pada jam 9 pagi dengan bantuan beberapa agensi termasuk Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, bancian awal mendapati 200 warga asing tidak mempunyai dokumen yang sah di kawasan itu.

Iklan

"Antara kesalahan warga asing yang ditahan itu adalah tiada dokumen pengenalan diri dan tinggal lebih masa.

"Mereka akan disiasat mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya pada sidang akhbar di Pasar Jalan Othman di sini hari ini.

Iklan
Antara wargas asing yang diperiksa dalam operasi Imigresen di sekitar Pasar Jalan Othman.

Khairul Dzaimee menegaskan kesemua mereka yang ditahan itu akan diusir ke negara asal setelah menjalani hukuman dan akan disenarai hitamkan.

Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail mengumumkan kawasan sekitar Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya dikenakan PKPD sejak 10 Mei lalu.