PUTRAJAYA - Hanya 20 peratus daripada 15,000 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) dibenarkan cuti sempena Aidilfitri tahun ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPBM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, Pengarah dan Timbalan Pengarah Negeri juga tidak dibenarkan mengambil cuti dan perlu bekerja pada musim perayaan ini.