KUALA KRAI - Seorang lelaki menemui ajal ketika memandu dipercayai akibat serangan jantung menyebabkan kereta dipandu terbabas di Kilometer 60 Jalan Kota Bharu - Gua Musang, 9.15 malam semalam.
Ketika kejadian, Mohd Abdul Fatah Mohd Mansor, 34, sekeluarga dalam perjalanan pulang dari Kuala Krai ke rumahnya.