1,179 maut dalam 24 jam, korban Covid-19 meningkat di Brazil

Iklan
Angka korban koronavirus (Covid-19) di Brazil meningkat sebanyak 1,179 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan yang maut seramai 17,971

RIO DE JANEIRO- Angka korban koronavirus (Covid-19) di Brazil meningkat sebanyak 1,179 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan yang maut seramai 17,971, kata Kementerian Kesihatan.

Agensi berita Sputnik melaporkan sebanyak 17,408 kes baharu direkodkan menjadikan keseluruhan kes 271,628.

Iklan
Iklan

Rekod sebelum ini menunjukkan jumlah kematian yang dicatatkan pada 12 Mei ialah 881 orang.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik pada 11 Mac.

Iklan
Iklan

Menurut WHO, jumlah kematian di seluruh dunia kini melebihi 316,000 orang, dengan jumlah kes melepasi 4.7 juta.-Bernama