Shahrol Azral nafi terlibat konspirasi Jho Low

Iklan
Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi - Foto Sumber Internet

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menafikan terlibat dalam konspirasi melibatkan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau dikenali Jho Low.

Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi menyangkal cadangan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, beliau bimbang semua pihak akan melihat kepincangan dalam syarikat itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, beliau juga tidak bersetuju dengan Muhammad Shafee, jika dokumen itu diberikan kepada PAC lebih awal, jawatankuasa 1MDB mungkin akan mendedahkan beliau sebagai antara dalang yang terlibat.

Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh Muhammad Shafee yang mencadangkan keengganan Shahrol Azral menyediakan dokumen kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkaitan usaha sama 1MDB dengan Petrosaudi.

Iklan

Muhammad Shafee: Saya katakan pada kamu, jika dokumen ini disediakan lebih cepat, ia akan menyebabkan orang ramai melihat keterlibatan kami dengan Jho Low, Jasmine Loo, Casey Tang, Patrick Mahoney dan Tarek Obaid.

Shahrol Azral: Tak setuju

Iklan

Muhammad Shafee: Setuju atau tidak saya katakan pada kamu, ini adalah sebab utama kamu didorong perasaan bimbang kerana komposisi ahli PAC mungkin akan mendedahkan kepincangan yang berlaku

Shahrol Azral: Tak setuju. PAC menjadikan saya kambing hitam dalam siasatan mengenai usaha sama syarikat itu dengan Petrosaudi.

Muhammad Shafee: Mereka mengatakan bahawa kamu bertanggungjawab atas kesalahan ini. Kamu katakan, kamu dijadikan kambing hitam?

Shahrol Azral: Ya

Kenyataan itu dibuat selepas Muhammad Shafee membaca penemuan PAC pada tahun 2016, yang menyatakan bahawa Shahrol Azral perlu bertanggungjawab atas kelemahan yang berlaku dalam syarikat.

Najib, 67, menghadapi empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu dikatakan melakukan kesalahan rasuah itu di AmIslamic Bank Berhad Cawangan Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014.

Perbicaraan hari ini dibuat di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.