Keluarkan rakaman penuh mesyuarat MPT: Tun M

Iklan
Kenyataan dalam Facebook rasmi Tun Dr Mahathir Mohamad

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar pihak yang menyunting klip audio yang dikaitkan dengan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MPT) Bersatu pada 23 Februari lalu untuk menyiarkan rakaman penuh audio tersebut.

Jelas Ahli Parlimen Langkawi, klip audio yang telah disunting untuk menggambarkan beliau bersetuju Bersatu keluar dari Pakatan Harapan (PH) adalah berniat jahat.

Iklan
Iklan

"Ada yang berniat jahat menyebarkan klip audio saya yang jelas disunting.‬ Saya cabar mereka keluarkan rakaman penuh mesyuarat MPT," katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya di sini hari ini.

Semalam, klip audio tersebut telah ditularkan di media sosial termasuk oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Iklan

Dua audio yang juga dikaitkan dengan mesyuarat Bersatu itu sebelum ini beredar di media sosial.

Dalam klip audio pertama yang bocor, individu dengan suara mirip Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu mesyuarat supaya memberikan kepercayaan kepada Mahathir untuk menentukan kedudukan Bersatu dalam PH.

Iklan

Klip audio kedua pula merakamkan suara mirip Mahathir meminta mesyuarat tidak memaksanya untuk mungkir janji meletakkan jawatan.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, beliau kekal setia bersama PH yang sebelum ini telah berjuang bersama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

‪"Saya kekal setia bersama rakan rakan yang berjuang dengan saya sebelum PRU14.‬ Kalau betul saya mahu mengkhianati mandat rakyat, saya boleh lakukan dahulu apabila dicalonkan sebagai Perdana Menteri Perikatan Nasional.‬ ‪Saya tolak dan senang, kita bersama," katanya.