Doktor, jururawat HRPZ II khatam al-Quran 22 kali

Iklan
Dr Selasawati (kanan) khatam al-Quran bersama Pegawai Hal Ehwal Islam HRPZ II, Ustaz Mohd Zulkifli Mat Hussin (tengah); Timbalan Pengarah Pengurusan HRPZ II, Azman Ismail dan kakitangan HRPZ II hari ini.

KOTA BHARU - Anggota barisan hadapan terdiri daripada doktor, jururawat dan seluruh kakitangan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini berjaya khatam al-Quran sebanyak 22 kali sepanjang Ramadan ini.

Pengarah HRPZ II, Datuk Dr Selasawati Ghazali yang turut sama khatam al-Quran berkata, bacaan ayat suci dilakukan secara serentak selama 15 minit di hospital pada setiap hari dengan menggunakan al-Quran yang diwakafkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan Kumpulan Media Karangkraf bulan lalu.

Iklan
Iklan

"Sejumlah 230 kakitangan dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap seorang perlu membaca satu juzuk al-Quran pada setiap hari bermula pada 1 Ramadan lalu.

"Bacaan dilakukan pada jam 8.45 hingga 9 pagi hari bekerja, bacaan dilakukan bersama-sama dan kemudiannya doktor, jururawat dan kakitangan pengurusan hospital menghabiskan bacaan satu juzuk sehari di tempat masing-masing mengikut kelapangan,” katanywakaa selepas khatam al-Quran di HRPZ II hari ini.

Iklan
Kakitangan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini berjaya khatam al-Quran sebanyak 22 kali sepanjang Ramadan ini.

Beliau berkata, majlis khatam al-Quran dilakukan saban tahun sejak 2016, namun berbeza kali ini apabila pihak pengurusan hospital terpaksa menghadkan kehadiran kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Majlis khatam besar-besaran tidak dapat dilakukan tahun ini kerana ancaman pandemik koronavirus (Covid-19) tetapi masing-masing tetap berjaya menghabiskan keseluruhan bacaan al-Quran.

Iklan

"Masing-masing berjaya khatam secara persendirian dan diberikan sijil saguhati tanda penghargaan,” katanya.

Dr Selasawati turut mengajak semua agar memperbetulkan bacaan al-Quran agar sempurna dan memahami maksud pada setiap ayat yang disampaikan di dalam kitab itu.

"Al-Quran dapat menyatukan semua kakitangan di hospital ini dan menjadikan kami lebih rapat seperti sebuah keluarga yang besar.

"Membaca al-Quran juga adalah penawar dan pelindung terbaik sekali gus memberi kami semangat untuk meneruskan perjuangan dalam menghadapi krisis Covid-19,” katanya.