Salji bertukar hijau di Antartika

Iklan
Ahli biologi dari University of Cambridge dan British Antartic Survey menghabiskan masa selama enam tahun untuk mengesan dan mengukur salji alga hijau menggunakan kombinasi data satelit serta pemerhatian dari darat. - Foto Agensi

LONDON - Sebahagian daripada Semenanjung Antartika akan berubah warna menjadi 'salji hijau' yang disebabkan oleh pertumbuhan alga berikutan peningkatan suhu global.

Laporan penyelidikan itu didedahkan saintis di United Kingdom (UK) yang memetakan 'permulaan ekosistem baharu' yang dipercayai berpotensi mewujudkan sumber nutrisi untuk spesies lain.

Iklan
Iklan

Menurut kajian diterbitkan dalam jurnal Nature Communications hari ini, bentuk hidup sel tunggal sangat padat sehingga salji bertukar warna hijau dan boleh dilihat dari angkasa lepas di beberapa kawasan.

Difahamkan, ahli biologi dari University of Cambridge dan British Antartic Survey menghabiskan masa selama enam tahun untuk mengesan dan mengukur salji alga hijau menggunakan kombinasi data satelit serta pemerhatian dari darat.

Iklan

Mereka telah menemui alga yang membentuk ikatan rapat dengan spora dan bakteria kulat kecil.

"Ia adalah komuniti yang berpotensi membentuk habitat baharu," kata ketua penyelidik, Matt Davey dari Cambridge University yang menyifatkan peta alga itu sebagai potongan susun suai gambar atau jigsaw kitaran karbon yang hilang di Antartika.

Iklan

Kumpulan penyelidik itu turut mengenal pasti 1,679 salji alga hijau berasingan yang meliputi kawasan seluas 1.9 kilometer persegi yang bersamaan pelepasan karbon kira-kira 479 tan setahun.

Selain itu, dua pertiga daripada alga itu ditemui di pulau kecil dan rendah di utara semenanjung yang berdepan beberapa suhu paling panas di dunia manakala salji hijau tersebut kurang ketara di bahagian selatan yang lebih sejuk.

Sebelum ini, para saintis memantau peningkatan lumut hijau yang tumbuh lebih lambat berbanding alga.

Pada masa depan, kumpulan penyelidik akan turut mengukur alga merah dan jingga serta mengira bagaimana kewujudan bentuk warna-warni itu boleh mempengaruhi kualiti albedo salji yang memantulkan haba. - AFP