Saran ujian Covid-19 terhadap semua terbabit RTT 2020

Iklan
Megat D Shahriman

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) disaran supaya melakukan ujian Covid-19 terhadap semua individu terbabit dalam latihan pusat Road to Tokyo (RTT) 2020 yang bermula 1 Jun depan.

Menurut Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin, kementerian juga diharap dapat melakukan ujian itu secara berkala sepanjang tempoh latihan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Iklan
Iklan

"MPM memohon keprihatinan kementerian sekiranya boleh terlebih dulu memastikan semua atlet, jurulatih, pembantu dan sesiapa yang berada di akademi melakukan ujian Covid-19.

"Sekiranya tempoh masa ditetapkan kementerian dipanjangkan, MPM juga memohon supaya ujian Covid-19 dilakukan terlebih duku secara berkala atau mengikut prosedur operasi standard sedia ada," katanya.

Iklan

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan atlet RTT 2020 dibenarkan kembali menjalani latihan bermula bulan depan.

Pada masa sama Megat D Shahriman menyambut baik kelonggaran yang diberikan kerajaan itu sambil menyifatkannya satu perkhabaran gembira kepada semua atlet

Iklan

"Secara jujur ini satu berita yang menggembirakan dan sudah semestinya pembakar semangat kepada semua atlet.

"Insya-ALLAH selepas Aidilfitri, saya akan berjumpa dengan atlet dan memaklumkan maklum balas yang diperlukan kepada pihak menteri sendiri dan juga KBS," katanya.