Hadi soal mengapa isu TH diperbesar, isu Guan Eng disenyapkan

Iklan
- Foto SHUKRI MOHAMAD

GOMBAK - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyanggah sesetengah pihak yang memperbesarkan skandal Tabung Haji (TH) namun berdiam diri dalam isu melibatkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Beliau juga dilihat kurang senang apabila terdapat pihak yang ‘menjadikan media sebagai hakim’.

Iklan
Iklan

"Ini satu persepsi yang salah, kita kena betulkan keadaan ini, kita kena sedar, kalau tak ramai orang jadi mangsa.

"Bukan kita kata dia betul tapi jangan kita terus hukum apatah lagi TH berkait dengan Islam, mengapa ditonjol?

Iklan

"Sedangkan isu Lim Guan Eng disebut terang-terang, mengapa disenyapkan sedangkan ia berkait inidividu,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Sejarah Pas di Taman Melewar di sini, hari ini.

Menurutnya, mengapa pihak berkenaan tidak pula menyebut kebaikan dilakukan TH termasuk perkhidmatan untuk umat Islam dan rombongan perubatannya.

Iklan

"Yang diceritanya benda itu (skandal kewangan), beribu perkhidmatannya tak disebut, mengapa?

"Saya tanya balik? Cari salah orang sahaja, itu satu cara yang tidak betul,” ujarnya.

Tambah Ahli Parlimen Marang itu, tidak boleh mengganggap seseorang itu bersalah jika kesnya masih dalam peringkat tuduhan.