'Tak payah balik, mak okay'

Iklan
Fauziah meminta peminat tidak pulang ke kampung bimbang penularan wabak Covid-19 berleluasa. - Foto Instagram Fauziah Nawi

PENGARAH dan pelakon terkenal, Fauziah Nawi menasihati peminatnya supaya terus berada di rumah serta tidak pulang ke kampung untuk berhari raya susulan penularan pandemik koronavirus (Covid-19) yang belum reda.

Beliau berkongsi kata-kata nasihat itu menerusi video berdurasi 50 saat yang dimuat naik di Instagram miliknya dengan meminta seluruh rakyat Malaysia berhati-hati bagi mengelakkan wabak itu menular di kawasan kampung.

Iklan
Iklan

"Tak payah balik, mak okay. Janganlah degil. Dah berapa tahun kita selalu sambut raya bersama, kan. Kali ini aje tak.

"Nyawa itu lebih penting. Insya-ALLAH, nanti kita dapat bersama,” luahnya.

Iklan

Beliau yang berusia 67 tahun turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga kebersihan, selalu mencuci tangan dan menjaga jarak sosial.

Dalam pada itu, video berkenaan telah ditonton lebih 27,512 pengikut.

Iklan