KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperuntukkan kos sebanyak RM1juta untuk membaiki bumbung yang rosak akibat hujan lebat semalam, di beberapa Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar ibu kota.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, antara kawasan terjejas adalah PPR Seri Semarak, PPR Gombak Setia, PPR Desa Rejang serta PPR Air Panas iaitu blok B sementara blok H di PPR itu pula terjejas teruk apabila lapan kereta penduduk mengalami kerosakan terkena serpihan bumbung terbang itu.