PETALING JAYA - Selepas dua bulan terkandas di Kerala, India akibat penularan pandemik koronavirus (Covid-19), seramai 40 orang rakyat Malaysia akhirnya berjaya dibawa pulang ke tanah air dan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.
Penerbangan membawa pulang mereka yang terkandas dibiayai Kumpulan Petra, sebuah konglomerat teknologi dan The Vinod Sekhar Trust menerusi penerbangan sewa khas Malindo Air.
Iklan
Iklan
Menurut Pengerusi Vinod Sekhar Trust, Datin Dr Winy Sekhar, pihaknya berasa amat prihatin dengan masalah dihadapi rakyat Malaysia yang terkandas di negara berkenaan.
"Semua pihak harus memainkan peranan membantu mereka dalam kesusahan. Dalam kes ini kami bersyukur kerana berjaya membawa mereka pulang ke Malaysia dan ke pangkuan keluarga masing-masing.
"Pihak kami juga gembira kerana dalam masa yang singkat, Malindo Air dapat mengaturkan satu penerbangan khas membawa mereka pulang," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Kapten Mushafiz Mustafa Bakri berkata, penerbangan berkenaan merupakan misi penerbangan kemanusiaan kali ke-15 dari India dan setakat ini Malindo Air telah menerbangkan lebih dari 2,000 orang rakyat Malaysia pulang ke tanah air.
Artikel Berkaitan