Havertz mampu menyinar di EPL

Iklan
Kai Havertz -Foto Getty Images

Disifatkan separuh Ozil, separuh Ballack

BEKAS pemain kebangsaan England Owen Hargreaves, percaya pemain muda Leverkusen, Kai Havertz mampu menyinar dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sekiraya berhijrah ke England, musim panas ini.

Hargreaves berkata, pemain berusia 20 tahun itu memiliki keistimewaan tersendiri apabila disifatkan sebagai separuh daripada Ozil (Mesut) dan separuh Ballack (Michal).

Iklan
Iklan

Menurut Hargreaves, keunikan itu akan menjadikan Havertz sebagai seorang pemain bola sepak disegani suatu hari nanti.

"Dia pemain istimewa. Dia adalah pemain generasi seterusnya dan saya fikir semua pemain terbaik beraksi di Bundesliga buat sementara waktu, sebelum berkelana ke EPL, Barcelona atau Real Madrid.

Iklan

"Antara mereka, Marc-Andre Ter Stegen, Toni Kroos dan Mesut Ozil semuanya keluar dan berjaya. Bakat-bakat di Bundesliga ini juga mendapat permintaan tinggi kerana berpendidikan dan profesional.

"Walaupun tumpuan kini terarah kepada Haaland (Eerling) dan Sancho (Jadon), tetapi Havartz adalah seorang daripada perspektif Jerman itu sendiri. Dia istimewa dan seperti hybrid dripada Michael Ballack dan Mesut Ozil,” katanya.

Iklan

Havartz baru-baru ini menjaringkan dua gol ketika menewaskan Werder Bremen 4-1 pada aksi Bundesliga yang kembali bersambung Isnin lalu.

Secara keseluruhannya, Havertz telah meledak sembilan gol musim ini dan ini menguatkan penghijrahannya kepada Chelsea, Manchester United atau Liverpool.

Sementara itu, Hargreaves mengharapkan agar Havertz yang telah membuat 140 penampilan bersama Leverkusen diberikan lebih peluang untuk beraksi dalam kesebelasan utama pasukan.

"Dia (Havartz), perlu mendapat lebih banyak peluang beraksi. Dia istimewa dan perlu lebih banyak beraksi dalam kesebelasan utama pasukan.

"Jika dia berhijrah, saya harap pasukan berkenaan akan memberikannya peluang untuk beraksi di sepanjang masa,” katanya.