Pasar Kajang ditutup bagi proses sanitasi

Iklan
Pihak KKM menjalankan sarngan ke atas peniaga dan pekerja di Pasar Kajang. Foto: Ihsan FB MPKj

KAJANG - Operasi perniagaan di Pasar Kajang ditutup bermula semalam sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Kamarul Izlan Sulaiman berkata, langkah itu diambil bagi membolehkan pihaknya menjalankan proses sanitasi dan disinfeksi di kawasan berkenaan untuk mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Iklan
Iklan

Kamarul Izlan berkata, MPKj dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat (PKDHL) juga telah melakukan ujian swab ke atas pemilik, penyewa dan pekerja di pasar berkenaan.

"Kita masih belum menerima keputusan ujian berkenaan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, Pasar Selayang dan Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya turut dihentikan operasi susulan beberapa kes positif Covid-19 melibatkan pekerja di sana.