PUTRAJAYA - Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang meneliti prosedur operasi standard (SOP) yang dicadangkan oleh Persatuan Gunting Rambut sebelum membuat keputusan lanjut.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, masih ramai yang bimbang kerana tidak ada penjarakan sosial antara tukang gunting dan pelanggan.