PEMAIN tengah Jerman, Emre Can, 26 memberikan amaran kepada pemain muda England Jadon Sancho untuk terus kekal bersama Borussia Dortmund di sebalik hasratnya untuk menyertai Manchester United.
Can berkata, dia melihat tidak ada sebab untuk pemain berusia 20 tahun itu berbuat demikian pada musim perpindahan akan datang.
Malah menurutnya, Sancho seharusnya terus beraksi bersama Dortmund setelah pemain itu mula beraksi dalam saingan Bundesliga seawal usia 17 tahun.
"Saya tidak nampak sebab untuk letakkan Manchester United di atas Borussia Dortmund. Bukan sahaja daripada segi sukan bola sepak, mahu pun atas rayuan.
"Saya telah bercakap dengannya untuk terus kekal di Dortmund dan beraksi di sini bersama-sama.
"Sancho memiliki kelas tersendiri. Saya sedar perkara itu dan sebab itulah saya melihat dia penting untuk kita,” katanya.
Can berkata demikian bagi mengulas mengenai khabar angin mengenai perpindahan Sancho ke United sejak akhir-akhir ini.
Sementara itu Can menyifatkan Sancho seharusnya terus beraksi bersama Dortmund untuk beberapa musim akan datang.
Katanya, tidak ada sebab sebenarnya untuk Sancho menyertai satu pasukan besar, selepas berada dalam satu pasukan besar seperti Dortmund.
"Dia sepatutnya terus kekal di sini (Dortmund). Tidak ada sebab untuk dia meninggalkan sebuah kelab hebat (Dortmund) untuk menyertai sebuah lagi kelab hebat seperti United,” katanya.