Pengkhianat pasti akan dihukum rakyat: Fahmi Fadzil

Iklan
Fahmi Fadzil

SHAH ALAM - Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil menyifatkan individu yang bersekongkol mewujudkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai pengkhianat paling teruk dalam sejarah politik tanah air.

Menurutnya, pengkhianat itu pasti akan dihukum oleh rakyat serta sejarah walaupun mereka menyatakan tujuannya menyelamatkan kepimpinan negara daripada terus meruncing.

Iklan
Iklan

"Lihat saja dalam tempoh semua rakyat diberi peringatan untuk tidak berpolitik atau keluar ke sana sini, berlaku pelbagai aktiviti sebaliknya.

"Aktiviti merampas negeri, mengagih ghanimah, memberi jawatan ketika rakyat tiada kerja sehingga ada ahli Parlimen yang ada dua kerja.

Iklan

"Ini satu hipokrasi terulung dalam politik tanah air dan saya berasa sedih ia juga berlaku dalam bulan Ramadan ketika rakyat bergelut dengan masalah ekonomi dan koronavirus (Covid-19)," katanya pada Wacana Sinar ke-170 Perubahan Kerajaan: Antara Persepsi dan Perlembagaan yang dibuat secara langsung, hari ini.

Wacana itu turut menampilkan Pakar Perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz serta Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin dan Azlan Shah Nabees Khan selaku moderator.

Iklan

Bagaimanapun Fahmi percaya rakyat akan sedar dan mengakui pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) jauh lebih sempurna.

"Pelbagai perkara juga sepatutnya ditambah baik tetapi pada masa sama mereka yang dulu lantang mencanangkan daulah terpendam sebenarnya oportunis yang mencari masa untuk menyingkirkan saingan politik demi membentuk kerajaan yang dalam sejarah Malaysia mempunyai majoriti paling kecil iaitu dua dan blok pembangkang terbesar seramai 109 ahli Parlimen.

"Kita dalam keadaan belum pernah melalui keadaan ini walaupun mahu keadaan semakin reda namun saya percaya PN tidak akan kekal sehingga PRU15 kerana ikatan itu akan longgar.

"Sekarang mereka agih ghanimah tetapi bagaimana mahu mengagihkan kerusi. Ia akan timbul juga pada waktu akan datang," katanya.