Kenderaan barangan dibenar berada di jalan raya

Iklan
Anggota Polis dan Tentera mengawal aliran trafik di Plaza Tol Gombak menghala ke Pantai Timur ekoran sekatan jalan raya hari ini. - Foto: Bernama

PUTRAJAYA - Tiada larangan untuk kenderaan barangan berada di jalan raya semasa perayaan Aidilfitri 2020.

Kementerian Pengangkutan hari ini memberitahu ini kerana negara sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan peraturan sedia ada dalam tempoh PKPB itu telah mengambil kira serta merangkumi kesemua faktor termasuk keselamatan dan ekonomi, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

Iklan
Iklan

Malaysia lazimnya mengenakan perintah larangan kepada kenderaan barangan daripada berada di jalan raya bagi beberapa hari yang ditetapkan sempena perayaan Aidilfitri. Ia bertujuan meningkatkan keselamatan jalan raya bagi pengguna yang ingin pulang ke kampung serta mengurangkan kesesakan jalan raya.

"Pergerakan kenderaan barangan dalam tempoh PKPB ini perlulah mengikut peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa oleh pihak kerajaan," menurut kementerian itu. - Bernama

Iklan
Iklan