Pendam impian selama 39 tahun untuk peluk Islam
Iklan
Abdul Salam menerima bantuan kotak makanan daripada Jelajah Peduli Ummah anjuran Mapim yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Ahmad Sani Abdul Alim Araby. - Foto Bernama
GEORGE TOWN -"Selama 39 tahun saya pendam impian hendak masuk Islam, tapi akhirnya tercapai juga walaupun sudah berusia,” kata seorang mualaf warga emas berkongsi pengalamannya memeluk Islam.
Abdul Salam Abdullah, 61, yang nama asalnya M Santiago berkata, beliau sudah memendam hasrat untuk memeluk Islam sejak berusia 17 tahun lagi apabila tertarik dengan seorang rakannya yang beragama Islam ketika sama-sama bekerja di Johor Bahru, Johor ketika itu.
Iklan
Iklan
"Saya memang berasal dari Johor Bahru dan sejak tengok kawan sembahyang serta mengaji al-Quran menyebabkan saya tertarik, tetapi pada masa sama saya takut kerana perkara itu (memeluk Islam) pernah disuarakan kepada keluarga, namun mereka tidak setuju serta marah.
"Sejak hari itu, saya tidak berani lagi sebut pasal perkara itu di hadapan keluarga namun dalam masa sama masih curi-curi mencari maklumat serta belajar secara senyap-senyap tentang agama Islam tapi masih belum mempunyai kekuatan untuk menukar agama," katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Dunlop, Datuk Keramat di sini.
Iklan
Terdahulu, beliau menerima bantuan kotak makanan daripada Jelajah Peduli Ummah anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Mapim, Dr Ahmad Sani Abdul Alim Araby.
Abdul Salam yang tinggal sendirian di sebuah rumah yang disewanya di belakang sebuah bengkel kereta berkata, selepas berhijrah ke Pulau Pinang enam tahun lepas, beliau mula belajar mengenai Islam dengan lebih serius sebelum memeluk agama itu setahun selepas itu.
Iklan
Menurutnya, beliau sangat gembira dapat memeluk Islam dan setiap tahun bulan yang paling ditunggu-tunggu ialah Ramadan kerana sangat gembira serta teruja untuk berpuasa dan menunaikan solat tarawih di masjid bersama jemaah lain.
"Alhamdulillah seronok sangat... puasa tak tinggal lagi sejak lima tahun lepas. Tahun ini saya solat tarawih sendiri di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Persiapan raya pun ala kadar sahaja, pakai apa yang ada lagipun raya kedua saya akan sambung berpuasa enam hari lagi," katanya yang masih bujang.
Beliau yang berniaga barangan lama di pasar Ropewalk itu bersyukur walaupun tidak dapat berniaga sejak dua bulan lepas berikutan pelaksanaan PKP, namun rezekinya tetap ada kerana ada beberapa pihak membantu menyalurkan bantuan termasuk terbaharu pihak MAPIM.
"Saya juga dapat Bantuan Prihatin Nasional jadi boleh la digunakan sepanjang tidak dapat berniaga sekarang ini, tapi saya bersyukur kerana ada pihak yang prihatin menghulurkan bantuan bagi meringankan beban," katanya.-Bernama
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa terdapat plot yang dicipta untuk menggagalkan pelaburan swasta di negeri ini.
Beliau mendakwa, syarikat yang melabur di Kedah diberikan tekanan untuk menarik diri daripada projek yang telah diumumkan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu merujuk kepada keputusan peneraju pelaburan global Bin Zayed International Group of Companies (BZI) menarik diri daripada projek Langkasuka bernilai RM40 bilion di Langkawi namun tidak mendedahkan butirannya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698511/edisi/utara/sanusi-dakwa-wujud-plot-gagalkan-pelaburan-swasta-di-kedah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com