PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerbitkan Kit Panduan Sambutan Aidilfitri di Rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dilaksanakan sekarang susulan penularan koronavirus (Covid-19).
Ketua Pengarahnya, Datuk Paimuzi Yahya dalam kenyataannya berkata, kit tersebut mengandungi panduan umum sambutan hari raya seperti amalan sunat dan wajib sempena hari raya, panduan takbir, solat serta khutbah hari raya.