KUALA LUMPUR - Ringgit merosot daripada peningkatan semalam untuk diniagakan rendah berbanding dolar AS dalam sesi awal hari ini, berikutan ketegangan yang meningkat antara Amerika Syarikat dan China yang mendorong pelabur untuk kembali kepada mata wang selamat, kata peniaga.
Sehingga 9.01 pagi ini, unit tempatan berada pada 4.3500/3550 daripada 4.3400/3480 semasa ditutup semalam.