Polis Australia didakwa perkosa, bunuh pelajar

Iklan
Jambangan bunga sebagai tanda memperingati mangsa diletakkan di lokasi mayatnya ditemui.

CANBERRA - AUSTRALIA. Seorang anggota polis Australia, hari ini didakwa memperkosa dan membunuh pelajar Israel, Aiia Maasarwe tiga hari selepas mayatnya ditemui di Melbourne.

Mangsa yang berusia 21 tahun itu sedang membuat panggilan telefon kepada kakaknya ketika dia diserang dalam perjalanan pulang ke rumah pada tengah malam Rabu lalu.

Iklan
Iklan

Mayatnya ditemui di dalam semak berhampiran hentian trem beberapa jam selepas itu.

Susulan itu, polis Victoria telah menahan Codey Herrmann, 20, di luar pinggir Melbourne, semalam dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melbourne untuk berdepan dakwaan rogol dan bunuh.

Iklan
Iklan

Perbicaraan kes itu dijangka bersambung pada Isnin ini. - AFP