614 jangkitan baharu Covid-19 di Singapura, total 30,426 kes

Iklan
Sehingga semalam Singapura mengklasifikasikan 1,691 sebagai kes komuniti, 580 kes yang diimport dan 27,541 melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama. - Foto 123RF

SINGAPURA - Singapura dalam pengesahan awal memaklumkan tambahan 614 kes jangkitan koronavirus (Covid-19) hari ini dan kebanyakannya melibatkan pekerja migran di asrama hingga menjadikan jumlah keseluruhannya 30,426 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan Singapura dalam kenyataan hari ini, data tengah hari menunjukkan hanya empat kes melibatkan rakyat Singapura atau penduduk tetap.

Iklan
Iklan

Menerusi data penuh yang dikeluarkan Khamis, Singapura mengklasifikasikan 1,691 sebagai kes komuniti, 580 kes yang diimport dan 27,541 melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama.

Sehingga Khamis, kementerian itu berkata, sejumlah 12,117 pesakit sembuh sepenuhnya daripada jangkitan itu dan dibenarkan keluar dari hospital atau kemudahan penjagaan komuniti.

Iklan

Tiga kluster dikaitkan dengan Natureland East Coast; Wing Fong Court dan 112, Neythal Road ditutup semalam, menjadikan tiada lagi kes yang dikaitkan dengan tempat-tempat itu sejak 28 hari lalu.

Kementerian itu turut mengenal pasti satu kluster baharu di Orange Valley Nursing of Simei Street. - Bernama

Iklan