RON95 naik tujuh sen seliter

Iklan

PUTRAJAYA - Harga runcit bagi minyak petrol RON95 naik sebanyak tujuh sen seliter iaitu daripada RM1.31 seliter kepada RM1.38 seliter berkuatkuasa tengah malam ini.

Menurut Kementerian Kewangan, harga runcit bagi petrol RON97 juga naik sebanyak tujuh sen seliter iaitu daripada RM1.61 seliter kepada RM1.68 seliter.

Iklan
Iklan

Sementara harga runcit bagi minyak diesel naik sebanyak enam sen seliter iaitu daripada RM1.45 seliter kepada RM1.51 seliter.

"Kenaikan ini adalah disebabkan oleh peningkatan harga minyak yang diproses (refined product), selari dengan kenaikan harga minyak mentah dunia.

Iklan

"Walau bagaimanapun, Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik APM).

Iklan