Tangki loji penapis minyak di Port Dickson terbakar

Iklan
Gambar hiasan. Foto: 123RF

SEREMBAN - [DIKEMASKINI] Sebuah tangki di loji penapisan minyak di Port Dickson terbakar petang ini dan difahamkan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan setakat ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan berkata, 38 anggota dari balai Port Dickson, Teluk Kemang dan Seremban 2 termasuk Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 4.15 petang.

Iklan
Iklan

"Kebakaran ini melibatkan sebuah tangki minyak 10,000 liter dan kerja-kerja pemadaman masih sedang dilakukan," katanya.

Sementara itu, Hengyuan Refining Company Bhd dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur berkata, kebakaran berlaku di salah sebuah tangki minyak mentah di premisnya, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Iklan

Menurutnya, pasukan Pengurusan Respons dan Kecemasannya digerakkan dan pasukan Fire, Rescue and Medical (FiRM) bergegas ke lokasi kejadian jam 4.32 petang bagi memadamkan kebakaran.

Menurut kenyataan itu pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi menangani keadaan.

Iklan

"Siasatan awal menunjukkan bahawa kebakaran berlaku akibat kilat,” menurut kenyataan itu. - Bernama