Tawaran 'menarik' tukang urut

Iklan
Wanita warga asing dan penjaga premis yang ditahan.

PETALING JAYA - Pelanggan berhidung belang boleh memilih wanita yang 'dipromosikan' di telefon bimbit yang kononnya boleh memberikan khidmat urutan badan.

Namun, sebenarnya itu kegiatan terlarang sebuah premis tidak berlesen di Kota Damansara, di sini yang dibongkar Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Kontinjen Selangor menerusi Ops Noda, semalam.

Iklan
Iklan

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, operasi dijalankan pada jam 7.25 petang hasil maklumat dan risikan.

Menurutnya, seramai tiga wanita warga asing dipercayai bekerja sebagai tukang urut berusia lingkungan 20 hingga 30-an telah ditahan.

Iklan

"Semakan mendapati dua daripada wanita itu adalah warga Vietnam, manakala seorang lagi Thailand.

"Turut ditahan adalah seorang lelaki tempatan disyaki penjaga premis," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Mohd Khaizam berkata, beberapa barang dirampas antaranya tuala, minyak urut, kondom, jadual kerja dan wang tunai.

Selain itu, beliau turut mendedahkan, premis yang baru diserbu dan telah beroperasi sejak enam bulan lalu itu dipercayai menawarkan khidmat seks dengan harga RM170 sehingga RM190.

"Siasatan terus dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 55b Akta Imigresen 1959/63, Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 372 (b) Kanun Keseksaan," katanya.