Naik kancil merah tunjuk kemaluan kepada murid

Iklan

SHAH ALAM - Guru serta murid Sekolah Kebangsaan (SK) Hicom dikejutkan dengan perlakuan jijik seorang lelaki tidak dikenali yang menunjukkan kemaluannya di luar perkarangan sekolah itu, semalam.

Melalui status bergambar dimuat naik akaun SK Hicom Rasmi, ketika insiden, lelaki terbabit menaiki kereta Perodua Kancil berwarna merah dan dilihat memanggil murid perempuan yang berada di situ.

Iklan
Iklan

"Dia memanggil budak-budak perempuan dan apabila dipandang dia menunjukkan kemaluannya. Dua guru cuba menunggu di hadapan sekolah, beberapa minit dia lalu semula.

"Dia menutup wajah dengan mask. Apabila menyedari, dia memecut. Kejadian ini rupanya banyak kali berlaku,” tulis admin.

Iklan

Menurut posting berkenaan, nombor pendaftaran kenderaan yang dapat diambil mendapati ia berbeza di bahagian depan dan belakang.

Status yang mendapat 322 reaksi tanda marah dan terkejut, selain turut dikongsi oleh 444 pemilik akaun Facebook lain itu dimuat naik selepas laporan polis dibuat pihak sekolah bertujuan supaya ibu bapa lebih peka serta menasihati anak masing-masing lebih berhati-hati.

Iklan

Rata-rata komen dikongsi mendapati ramai yang maklum dengan kehadiran lelaki berkereta kancil warna merah itu di kawasan sekitar yang turut melakukan perbuatan sama.

Sebahagian komen lain pula memaklumkan kejadian sama turut berlaku kepada ahli keluarga mereka dan pelaku terbabit menggunakan modus operandi sama menaiki kereta kancil merah dengan no plat kenderaan yang berbeza.

Sementara itu, usaha Sinar Harian mendapatkan mendapatkan pengesahan daripada Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib gagal kerana beliau tidak dapat dihubungi.