Larangan solat sunat Aidilfitri di masjid beri kelebihan

Iklan
Petugas dan Pelatih Madrasah Darul Solihin Al Qadiri mendengar khutbah selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan mengamalkan penjarakan sosial ketika tinjauan di Kampung Jalan Kebun Seksyen 30 Shah Alam hari ini. -Foto Bernama

SHAH ALAM - Arahan mengehadkan ibadat solat sunat hari raya Aidilfitri di masjid dan surau hanya pegawai masjid seperti imam, bilal dan siak sahaja tahun ini, sebenarnya tidak menghalang seluruh umat Islam daripada menunaikan ibadah itu secara total.

Umat Islam masih boleh meneruskan solat sunat itu di kediaman masing-masing, dan jika ada kemusykilan, bolehlah merujuk kepada 'Kit Panduan Sambutan Aidilfitri di Rumah' terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), yang boleh dimuat turun menerusi laman web jabatan itu.

Iklan
Iklan

Bagi Azurun Salamon, 36, katanya dengan berpandukan kit terbitan Jakim yang mengandungi tatacara solat sunat beserta khutbah raya itu, ia cukup bermanfaat dan memudahkan beliau melaksanakan ibadah berkenaan.

Katanya walaupun terasa sedikit janggal kerana tidak dapat mengimarahkan masjid untuk menunaikan solat sunat hari raya seperti tahun-tahun sebelumnya, tetapi kekurangan itu disifatkan sebagai satu kelebihan buat mereka sekeluarga.

Iklan

"...apabila kali ini perlu menjadi imam solat sunat hari raya selain turut memberi khutbah raya kepada keluarga, ia terasa seperti satu manfaat yang besar sebab sebelum ini belum pernah bagi khutbah raya kepada keluarga sendiri," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Kit Panduan yang diterbitkan Jakim susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung penularan Covid-19 itu mengandungi panduan umum sambutan hari raya seperti amalan sunat dan wajib sempena hari raya, panduan takbir, solat serta khutbah hari raya. -Foto Bernama

Iklan