Penyanyi Nora terima menantu...

Iklan
Instagram Nora

PENYANYI Nora Ariffin terima menantu, apabila anak sulungnya iaitu Mohd Syakir Iman, sudah selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya, Eilya Sofea Azman, hari ini.

Nora, 45, memaklumkan perkara itu menerusi Instagram (IG) miliknya dan turut memuat naik gambar bersama pasangan mempelai selepas majlis selesai.

Iklan
Iklan

Isteri kepada komposer, Allahyarham Johan Nawawi itu dalam kapsyen gambar tersebut turut mendoakan anaknya yang sudah berusia 26 tahun dan menantunya berbahagia sehingga ke jannah. Serta tidak lupa mengalu-alukan kehadiran Sofea sebagai ahli keluarga mereka.

"Alhamdulillah... Syukur pada ALLAH. Hari ini saya dan arwah Johan sudah dapat menantu.

Iklan

"Mama berdoa Iman dan Sofea bahagia hingga ke jannah. Sama-sama kita doakan yang terbaik. Selamat datang ke keluarga kami Sofea," tulisnya.

Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya.

Iklan

Syakir yang turut dikenali dengan nama Mosyi pernah menghasilkan sebuah lagu berjudul Bulan itu mengikat tali pertunangan dengan Sofea pada 2017.

Rata-rata para pengikut mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut dan juga Nora.

"Tahniah selamat pengantin baru," tulis sitinoraishahishak.

"Alhamdulillah.... Tahniah... semoga bertambah berkembang dengan segala keberkatan buat keluarga Allahyarham Johan dan Nora sekeluarga... Amin Ya Rabbal Alamin... ," tulis syamsuldebat.

"Tahniah Nora terima menantu... Selamat pengantin baharu untuk kedua mempelai... Semoga berbahagia hingga ke syurga," tulis hafshahsohi.

"Tahniah dapat menantu. Suka tengok mak pengantin ini tak pernah tak cantik dari dahulu," tulis ikhlas_darihati.