Dikompaun kerana degil mahu ke kebun

Iklan
(Gambar Hiasan) Anggota Polis dan Tentera di sekatan jalan raya. Foto: Bernama

PORT DICKSON - Polis mengeluarkan empat kompaun terhadap individu yang cuba merentas negeri tanpa kebenaran pada hari pertama Aidilfitri kelmarin.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, kesemua kompaun berkenaan dikeluarkan ketika sekatan jalan raya di Kilometer 26, Jalan Lukut-Port Dickson iaitu sempadan daerah Port Dickson dan daerah Sepang, Selangor.

Iklan
Iklan

Menurutnya, antara yang dikompaun ialah seorang lelaki dari arah Sepang, Selangor yang memberi alasan ke Port Dickson kerana mahu ke kebun.

"Polis yang bertugas telah membuat pemeriksaan kad pengenalan dan mengarahkan kenderaannya berpatah balik tetapi dia tetap menghala ke kebunnya.

Iklan

"Sekembalinya melalui sekatan jalan raya yang sama, pihak polis yang bertugas mengeluarkan kompaun atas alasan ingkar arahan pihak polis," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Katanya, turut dikompaun empat sekeluarga dari arah Sepang dipercayai menghala ke Melaka atas alasan mahu beraya.

Iklan

"Ada pasangan pelajar warga asing dari arah Sepang ke pantai Port Dickson untuk melancong kerana beranggapan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah tamat," katanya.