Lemang Sarawak guna resipi rahsia!

Iklan
Lemang Sarawak resipi keluarga dikekalkan generasi ketiga keluarga.

KLUANG - Resipi istimewa lemang yang diwarisi daripada arwah datuk dikekalkan peniaga lemang Sarawak, Mohamad Azrul Nizam Adnan, 26.

Mohamad Azrul Nizam berkata, dia dan ayahnya Adnan Ibrahim, 51, mula menjual lemang sejak 15 tahun lalu yang menjadi punca rezeki setiap kali menjelang Aidilfitri.

Iklan
Iklan

Katanya, walaupun kini datuknya, Ibrahim Abdullah sudah meninggal dunia lima tahun lalu namun setiap perkara berkaitan penyediaan lemang tidak dilupakan oleh mereka menyebabkan rasa lemang yang dihasilkan tidak pernah berubah.

"Datuk orang Sarawak dan saya mengambil masa kira-kira enam tahun untuk belajar cara-cara yang betul untuk membakar lemang yang dinamakan sebagai Lemang Sarawak ini.

Iklan

"Kaedahnya memang cukup unik bermula daripada awal penyediaan hinggalah ia dimasak di atas dapur kerana jika silap sedikit lemang yang dihasilkan tidak akan menjadi seperti diharapkan iaitu lembut tanpa sebarang kerak dari atas hingga ke bawah," katanya ketika ditemui di Kedai Lemang Sarawak yang diusahakan bersama keluarganya berhampiran Bulatan MARDI di Jalan Kota Tinggi-Kluang.

Lemang Sarawak diusahakan Mohamad Azrul Nizam dan keluarganya mempunyai keenakan rasa yang tersendiri.

Menurutnya, lemang resipi keluarganya itu sangat berbeza kerana ia diolah dengan resipi rahsia yang tidak terdapat pada lemang lain selain tempoh penyediaan beras pulut yang lebih lama iaitu sekurang-kurangnya lima jam sebelum dibakar.

Iklan

Mohamad Azrul Nizam yang juga anak ke tiga daripada lima beradik berkata, sejak 15 tahun lalu harga jualan RM10 hingga RM15 sebatang mengikut saiz dan tidak pernah berubah walaupun berhadapan dengan kenaikan harga barang terutama santan.

"Setiap kali menjelang Aidilfitri saya bersama ayah akan dibantu oleh dua orang abang ipar serta seorang kawan untuk menyiapkan kira-kira 1,200 batang lemang dalam tempoh dua hari sebelum hari raya.

"Ibu, kakak dan adik turut membantu bagi penyediaan awal lemang di rumah sebelum dihantar ke kedai ini," katanya.