Gudang simpan barang runcit musnah terbakar

Iklan
Sebuah gudang penyimpanan pelbagai barangan runcit musnah dalam kebakaran di kawasan Perindustrian Krubong, di sini, awal pagi tadi.

MELAKA - Sebuah gudang penyimpanan pelbagai barangan runcit musnah dalam kebakaran di kawasan Perindustrian Krubong, di sini, awal pagi tadi.

Kebakaran yang berlaku kira-kira jam 3.45 pagi itu, turut menjejaskan sebuah kilang kimpalan yang terletak bersebelahan.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Penolong Penguasa Bomba, Mohamad Hamdan Sudin berkata, kebakaran melibatkan gudang jenis separuh kekal berkeluasan 15.2 x 21.3 meter persegi itu musnah seratus peratus.

Iklan

Sebuah gudang penyimpanan pelbagai barangan runcit musnah dalam kebakaran di kawasan Perindustrian Krubong, di sini, awal pagi tadi.

"Api kebakaran itu turut merebak ke sebuah kilang kimpalan jenis separuh kekal berhampiran yang berkeluasan sama, namun cuma lima peratus sahaja terjejas.

Iklan

"Berdasarkan siasatan awal, kebakaran tidak membabitkan kemalangan jiwa mahupun kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.54 pagi dan tiba di lokasi tujuh minit kemudian, sebelum operasi memadam tamat sepenuhnya pada jam 4.55 pagi.

"Setakat ini kerugian dan punca kebakaran masih di dalam siasatan.

"Operasi membabitkan 13 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu dan Ayer Keroh," katanya.