SHAH ALAM - Pasar Agro Selangor secara pandu lalu yang dilancarkan dua hari pada 22 dan 23 Mei lalu mencatatkan nilai jualan sebanyak RM560,000 bagi memudahkan orang ramai membeli barang keperluan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Ir Izham Hashim berkata, harga yang rendah serta keselesaan membeli secara pandu lalu mendorong peningkatan hasil jualan.
Iklan
Iklan
"Pasar Agro Selangor akan diteruskan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), tetapi ditambah baik demi keselesaan dan kemudahan rakyat.
"Pasar menggunakan konsep pandu lalu, jualan secara dalam talian dan penghantaran ke rumah perlu diteruskan selaras norma baharu berikutan wabak koronavirus (Covid-19) belum terhapus," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Terdahulu, pada 22 dan 23 Mei lalu, kerajaan Selangor melaksanakan operasi jualan secara pandu lalu untuk pelanggan mendapatkan barangan basah pada harga berpatutan.
Lokasi jualan adalah di Tapak Pasar Tani Saujana Utama, Laman Niaga Komuniti Bandar Baru Bangi, Tapak Pasar Tani Seksyen 13 Shah Alam, Tapak Pasar Tani Kelana Jaya SS6, Pusat Operasi FAMA Dengkil dan Pusat Operasi FAMA Puchong.
Artikel Berkaitan