Cubaan curi motosikal gagal

Iklan
Kedua-dua suspek yang ditahan menerusi pemeriksaan di Jalan PJS8/9 di sini awal pagi tadi.

PETALING JAYA - Cubaan dua lelaki mencuri sebuah motosikal gagal apabila mereka diberkas polis sewaktu pemeriksaan Ronda Cegah Jenayah yang dilakukan di Jalan PJS8/9, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Ezanee Mohd Faisal berkata, dalam kejadian sekitar jam 4.30 pagi itu, kedua-dua suspek berusia 20-an itu dikesan sedang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Iklan
Iklan

Ezanee berkata, hasil pemeriksaan, suspek cuba melarikan diri dan berlaku sedikit pergelutan.

"Ketika kejadian, suspek sedang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR sambil menunda sebuah motosikal lain jenis Yamaha LC135.

Iklan

"Ketika ditahan, mereka cuba melarikan diri, namun berjaya dipatahkan oleh pihak berkuasa," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ezanee berkata, hasil semakan ke atas motosikal Yamaha Y15ZR itu mendapati ia menggunakan nombor pendaftaran palsu yang didaftarkan di atas sebuah kereta jenis Honda Civic.

Iklan

Malah, pihaknya turut mendapati motosikal Yamaha LC135 itu juga pernah dilaporkan hilang sebelum ini.

"Kedua-dua suspek direman empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya.