IPOH - Laluan utama Lebuh Raya Utara Selatan di KM178.5 arah selatan berhampiran Alor Pongsu ditutup sepenuhnya.
Menurut maklumat yang dikongsikan Lembaga Lebuh Raya Malaysia menerusi Twitter hari ini, pengguna lebuh raya dari utara ke selatan atau menghala ke Kuala Lumpur dilencongkan sepenuh ke Hentian Sebelah Alor Pongsu.
Penutupan laluan itu dilakukan bagi tujuan pemeriksaan kenderaan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sementara itu, susur masuk ke lebuh raya arah selatan di persimpangan Alor Pongsu juga ditutup sepenuhnya.
Tinjauan media di kawasan tersebut mendapati keadaan lengang dari sebarang kenderaan yang ingin menghala ke utara.
Tindakan penutupan jalan dipercayai berkaitan tindakan PDRM mengesan individu yang ingkar arahan merentas negeri bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri.