Pilihan Malaysia ketika krisis AS, China

Iklan
Gambar hiasan

KETIKA Amerika Syarikat (AS) dan China saling berbalah antara satu sama lain, negara lain di seluruh dunia harus memilih antara dua negara tersebut. Antara kekuatan ketenteraan AS dan pengaruh ekonomi China – pilihan yang menarik negara-negara tidak bersekutu ke arah yang berbeza.

Pilihan ini perlu dilakukan terutamanya bagi negara ASEAN yang terperangkap dalam impian China terhadap persempadanan Laut China Selatan dan cengkaman lemah AS terhadap hegemoni global.

Iklan
Iklan

Dan Malaysia harus menghadapinya dua kali ganda, sebagai antara penerima terbesar pelaburan luar China, tetapi mempunyai kerangka politik yang serasi dengan Barat.

Tidak seperti kes India dan Pakistan – yang meletakkan kita dalam situasi tidak senang dengan pentadbiran Modi, kes AS dan China ini bukannya satu kes mudah bagi kita.

Iklan

Walaupun kita mengharapkan kedua-dua kuasa besar itu dapat menyelesaikan perbezaan mereka secara damai, namun harapan itu terlampau optimis mengenai isu ini.

Malaysia berada di landasan strategik yang penting bagi kedua-dua belah pihak. China melihat kita sebagai tempat utama untuk strategi Belt and Road mereka dan telah mengeluarkan dana yang besar untuk membina infrastruktur di Malaysia.

Iklan

Orang China juga menikmati hubungan budaya dengan Malaysia yang telah membantu mempermudahkan urusan perdagangan dan pelaburan. Walaupun AS mempunyai kekayaan yang lebih besar, namun China lebih banyak mengeluarkan perbelanjaan sepanjang dekad yang lalu.

Terdapat pendapat bahawa kita harus berhadapan dengan China mengenai rampasan sumber di Asia Tenggara, ia sama sekali tidak benar, walaupun kita harus mempertahankan kedaulatan sempadan Malaysia.

Mungkin terdapat manfaat yang jauh lebih besar bagi Malaysia hasil daripada kerjasama strategik. Kerjasama itu mungkin tidak akan berlaku untuk negara lain di Asia Tenggara – seperti Filipina dan Vitenam – tetapi tidak bagi Malaysia.

Bagi AS pula, orang Amerika melihat kita sebagai negara penting yang boleh membendung China daripada memperluas kekuasaan mereka ke seluruh Asia Tenggara. Orang Amerika sangat komited terhadap lalu lintas bebas di Laut China Selatan, di mana satu pertiga penghantaran komersial global melalui laluan itu.

Kebangkitan China sebagai kuasa ekonomi dunia, namun jangan terlepas pandang mengenai kekuatan ketenteraan Amerika.Yang dapat kita lihat sekarang hanya cebisan kecil daripada kuasa sebenar AS di mana AS mempunyai kompleks ketenteraan yang boleh mengawal keseluruhan infrastruktur bumi dan akan terus berkembang.

Anda mungkin tidak suka mendengarnya, namun tidak boleh menafikan fakta ini. Kerana realitinya, angkatan tentera AS sedang memberi tumpuan terhadap Asia Tenggara. Jika AS mengalihkan tumpuan mereka daripada Timur Tengah ke arah China, maka kita harus berpendirian tegas kerana pertempuran yang bakal berlaku betul-betul di pintu keluar masuk Malaysia.

Sekiranya anda menganggap konflik ini tidak mungkin berlaku, pertimbangkanlah semula kerana AS mempunyai ramai pihak di belakang mereka yang menyokong – PBB, Bank Dunia, IMF, WHO, Mahkamah Keadilan Antarabangsa, semua ini hanya senarai kecil. Tidak dilupakan juga penguasaan dolar AS dan kawalan media di peringkat global.

Secara ringkasnya, kita tidak akan berpaling daripada AS. Sama ada anda suka atau tidak, mereka tetap mempunyai pengaruh yang besar. Jadi, kita bukannya berada dalam situasi yang teruk. Kita mendapat pelbagai faedah hasil daripada hubungan dengan China, secara komersial dan budaya.

Pada masa sama, Malaysia juga harus melindungi hak negara, termasuk kebebasan dan kemerdekaan kita – di mana ia dijamin oleh pengaruh AS. Kerjasama dengan AS dapat memastikan keselamatan dan sekuriti rakyat Malaysia dalam pertempuran diplomatik atau ketenteraan. Sekiranya kita ingin menjadi masyarakat yang progresif, kita harus berdiri bersama dengan masyarakat progresif yang lainnya.

Kedua-dua negara besar ini memerlukan kita. Marilah pilih menu yang ditawarkan yang memenuhi selera kita.

* Dr Rais Hussin ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dan Pengerusi Biro Strategi dan Dasar Parti