JAVA - Sebuah keluarga tidak menyangka niatnya untuk pulang ke rumah nenek di Jalan Selakaso, Kota Tasikmalaya, Java di sini mengundang padah apabila rumah itu telah dijual dan tidak diketahui mereka berpindah ke mana.
Lapor Tribun News, Dw, 40, bersama isteri dan dua anak kecilnya, terpaksa hidup seperti gelandangan selama tiga hari di Jalan Selakaso.
Seorang penduduk tempatan, Aris Kurniawan, berkata, dia orang pertama yang menemui keluarga malang itu.
"Saya terserempak dengan mereka ketika mahu pulang ke rumah dan sempat bertanya.
"Saya dimaklumkan mereka berhasrat pulang ke rumah neneknya di sini (Jalan Selakaso) tetapi rumah tersebut telah dijual dan dikatakan sudah lama tidak bertanya khabar neneknya," kata Aris.
Dw dilahirkan di Jakarta dan tinggal di sekitar Pulogadung telah mencari neneknya ke Pasar Cikurubuk tetapi neneknya tidak ditemui.
Sementara itu, Dw sekeluarga mendapat perhatian pihak berkaitan dan membantunya pulang.
Mereka juga menjalani pemeriksaan kesihatan bagi membendung wabak koronavirus (Covid-19).