DBKL laksana operasi pembersihan menyeluruh di Pasar Raja Bot

Iklan
Pembersihan Pasar Raja Bot dilakukan sejak 18 Mei lalu.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Alam Flora melaksanakan kerja-kerja pembersihan secara menyeluruh di Pasar Raja Bot di sini sejak 18 Mei lalu.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, seramai 35 petugas Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) DBKL dan 20 kontraktor Alam Flora terlibat dalam kerja-kerja pembersihan yang berlangsung sehingga hari ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, operasi pembersihan itu melibatkan pengosongan barang ditinggalkan penjaja dan perobohan struktur tambahan yang dibina tanpa kebenaran.

"Sebanyak 30 lori digunakan untuk kerja-kerja pembersihan yang berlangsung sepanjang tempoh itu. Aktiviti pembasmian kuman juga telah dilaksanakan secara berfasa.

Iklan

"Diharap selepas kerja-kerja pembersihan ini keadaan dalam kawasan lebih teratur dan kemas sebaik pasar awam itu dibuka nanti," katanya.

Pasar Jalan Raja Bot ditutup sejak 29 April lalu untuk kerja basmi kuman dan dijadualkan dibuka pada 13 Mei lalu namun ditangguhkan seperti notis pemberitahuan yang dikongsikan DBKL baru-baru ini.

Iklan

Sementara pada 5 Mei lalu, Jalan Raja Bot telah diperketatkan kawalan secara pentadbiran menerusi pemasangan kawat duri dengan pergerakan keluar masuk ke kawasan itu dihadkan selain ujian swab turut dilaksanakan bagi membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19) di kawasan itu.