“Sebab video itu, saya makin popular”- Mohd Amar

Iklan
Mohd Amar ketika menyampaikan ceramah tersebut 2012 lalu.

KOTA BHARU –"Disebabkan video itu, saya semakin popular sejak kebelakangan ini,” kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika diminta mengulas mengenai penularan video ceramahnya yang melibatkan isu air di negeri ini.

Menurutnya, video tersebut adalah sebahagian daripada ceramahnya yang dirakamkan pada tahun 2012 dan menyentuh isu air kerana berkaitan dengan demonstrasi yang dilakukan UMNO di Lembah Sireh ketika itu.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun video itu kembali tular di laman-laman sosial dan aplikasi WhatsApp apabila ada beberapa kawasan di negeri ini berdepan masalah air beberapa minggu lalu.

Mohd Amar ketika ditemui di sini hari ini memberitahu, video tersebut adalah berdasarkan isu ketika itu, bukannya respon kepada isu yang melanda ketika ini.

Iklan

"Untuk pengetahuan semua, video itu sekitar 2012. Ambo respon kepada isu itu sebab mereka ketika itu buat demonstrasi melibatkan isu itu sedangkan masalah ketika itu adalah melibatkan beberapa kes sekatan yang melibatkan kerajaan negeri. Kena tengok video itu sampai habis, kalau tengok separuh memang akan salah faham,” katanya.

Terdahulu, beliau meluangkan masa sejam melihat rumah Rosalind Yaakob, 72 tahun yang terbakar di Padang Tembak, di sini awal pagi kelmarin.

Iklan

Dalam kunjungan tersebut, Mohd Amar menyampaikan sumbangan peribadinya kepada pemilik tiga buah rumah yang terlibat.