Sanggup lompat pagar tinggi, tinggalkan motor elak kena cekup

Iklan
Mohd Adli

HULU TERENGGANU - Lapan individu termasuk enam pelajar yang melarikan diri dalam serbuan polis ketika sedang bermain futsal di Jalan Kampung Binjai Kertas, Kuala Berang semalam diberkas awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Mohd Adli Mat Daud berkata, kesemua mereka berusia antara 15 hingga 20 tahun itu ditahan jam 1 pagi ketika datang menyerah diri di Balai Polis Kuala Berang di sini.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, dalam rondaan dilakukan 'team charlie' di lokasi kira-kira jam 10 malam semalam terserempak sekumpulan remaja sedang bermain futsal di gelanggang futsal di kampung terbabit.

"Bagaimanapun kesemua remaja itu melarikan diri dan ada yang nekad melompat pagar yang tinggi semata-mata mengelak daripada dicekup.

Iklan

"Ada yang sanggup meninggalkan motosikal serta beberapa barang peribadi termasuk telefon bimbit.

"Kesemua barang itu termasuk beberapa buah motosikal dan ke Balai Polis Kuala Berang untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Iklan

Mohd Adli berkata, beberapa jam kemudian lapan individu ditemani ahli keluarga masing-masing hadir menyerah diri di Balai Polis Kuala Berang.

Mohd Adli

Katanya, kesemua individu itu dikenakan kompaun di bawah Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

"Mereka diberi tempoh selama 14 hari untuk membuat pembayaran kompaun berkenaan dan jika gagal menjelaskan dalam tempoh diberi, pendakwaan di mahkamah akan dilakukan," katanya.