KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita dan menghentikan operasi sebuah premis yang dikendalikan oleh warga asing menerusi serbuan di dua lokasi sekitar Jalan Bukit Bintang dan Jalan Changkat Bukit Bintang, semalam.
Menerusi kemas kini di laman Facebook rasminya DBKL berkata, operasi hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu adalah bertujuan bagi mengenal pasti premis-premis milik warga asing yang beroperasi tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.
Iklan
Iklan
Katanya, tindakan penguatkuasaan ini dilaksanakan mengikut peruntukan dan prosedur operasi standard (SOP) DBKL di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.
"Maklumat lengkap pengendali premis akan dipanjangkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk tindakan lanjut berkaitan status penyalahgunaan permit kerja oleh warga asing ini," katanya.
Tambahnya, DBKL akan meneruskan tindakan penguatkuasaan dan pemantauan secara berterusan bagi memastikan tiada warga asing yang cuba mengambil kesempatan.