Perokok berisiko hidap Covid-19?

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

SELEPAS sambutan Hari Raya Aidilfitri, ramai yang tertanya-tanya apakah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan berakhir pada 9 Jun ini akan dilanjutkan lagi.

Bagi yang rajin membaca berita global mengenai Covid-19, pasti terbaca laporan media yang memetik sumber hospital bahawa golongan perokok amat berisiko dijangkiti Covid-19, namun ada pula kajian terbaharu di Eropah yang menolak teori itu.

Iklan
Iklan

Masih terlalu awal membuat rumusan muktamad. Malahan kajian mengenainya agak longgar kerana kebanyakan kajian hanya menjurus kepada pesakit yang disahkan positif dan dimasukkan ke wad.

Tidak terdapat metodologi bagi mengumpul data pesakit mengenai tabiat merokok/vape mereka.

Iklan

Kajian juga tidak membuat pertimbangan terhadap risiko lain seperti kecenderungan gaya hidup pesakit, pekerjaan dan persekitaran yang sangat relevan kepada keseluruhan status kesihatan individu.

Ketidakseimbangan kajian itu juga tidak mengandungi perbandingan secara saintifik kadar jangkitan antara perokok dengan yang tidak merokok.

Iklan

Seperti kebanyakan kajian perubatan, ia tidak dikaji semula oleh pakar-pakar dalam bidang perubatan tetapi dikemukakan pula sebagai fakta.

Strategi

Penulis bukan hendak mempertahankan perokok atau tabiat merokok di kala Covid-19 ini tetapi sebarang data maklumat mengenai pandemik ini haruslah berwibawa, sah dan tulen supaya ia benar-benar membantu anggota perubatan menyusun strategi jitu menghadapi Covid-19.

Keputusan yang dibuat berasaskan emosi dan bukan bukti saintifik, boleh mengakibatkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Dakwaan kaitan perokok dengan Covid-19 turut diulas oleh US Centers for Disease Control and Prevention. Belum diketahui sama ada tahap kawalan keadaan kesihatan memberi kesan terhadap risiko penyakit berbahaya dikaitkan dengan Covid-19.

Saintis berpangkalan di makmal Wuhan, China juga berpendapat bahawa mengikut analisis awal − dengan beranggapan data yang dilaporkan itu tepat − tidak menyokong hujah bahawa merokok berisiko untuk menghidap Covid-19.

Begitu juga dalam soal vape. Seorang ahli perubatan dari University of California San Francisco berkata, dakwaan mengatakan mukus dan air liur di dalam alat vape adalah begitu minimal, yang tidak memungkinkan penyebab jangkitan.

Itu bab negatif. Ada juga berita sebaliknya. Kajian Hospital Pitié-Salpêtrière di Paris mendakwa merokok ‘boleh mengurangkan risiko jangkitan Covid-19’. Ini kerana wujud bahan di dalam rokok yang menghalang Covid-19.

Rumusan itu diperoleh menerusi kaji selidik ke atas 480 pesakit Covid-19 iaitu 350 yang dirawat di hospital manakala 130 lagi menunjukkan simptom lemah dan dibenarkan dikuarantin di rumah.

Kajian itu menunjukkan daripada yang dirawat di hospital, sebanyak 4.4 peratus adalah perokok dengan yang dibenar pulang, kadarnya ialah 5.3 peratus. Perokok di Perancis dianggarkan pada kadar 25.4 peratus daripada jumlah penduduknya.

Petikan di atas masih perlu disahkan oleh pakar-pakar perubatan global. Kita perlukan berita sahih berdasarkan kajian saintifik berwibawa. Terdapat banyak faktor supaya orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat dengan tidak merokok.

Ketika krisis global, kajian berasaskan emosi hanya akan memburukkan lagi keadaan. Keadaan penduduk dunia sudah cukup tegang sekarang.

Adalah menjadi tugas kita semua supaya mengambil langkah bertenang, mematuhi langkah-langkah yang disaran oleh Kementerian Kesihatan dan menyiasat sedalam-dalamnya sesuatu perkara, jika kita mahu melihat usaha negara menangani Covid-19 baik daripada segi kesihatan mahupun pengaliran berita sahih benar-benar tercapai.