Buku edisi pertama Harry Potter dijual pada harga RM176,000

Iklan
Tiga buah buku edisi pertama 'Harry Potter and the Philosopher's Stone' yang dijual melalui lelongan dalam talian di Bishton Hall, Staffordshire baru-baru ini.

LONDON - Buku terkenal hasil tulisan J K Rowling, Harry Potter edisi kulit keras pertama yang ditemui di dalam tong sampah telah dijual pada harga £ 33,000 (RM176,975.86) melalui lelongan dalam talian di Bishton Hall, Staffordshire baru-baru ini.

Difahamkan salinan buku 'Harry Potter and the Philosopher's Stone' itu ditemui oleh seorang guru pada 12 tahun yang lalu bersama dengan dua edisi pertama kulit lembut.

Iklan
Iklan

Hanya terdapat 500 edisi pertama buku kulit keras 'Harry Potter and the Philosopher's Stone' yang dicetak pada tahun 1997, yang kebanyakannya dihantar ke sekolah dan perpustakaan.

Sebelum lelongan itu, buku tersebut mempunyai anggaran £ 8,000- £ 12,000 (RM42,888 - RM64,347) kerana terdapat beberapa kerosakan pada penjilidannya.

Iklan

"Ia dibeli oleh seorang pembeli di London selepas pertempuran lelong yang tegang.

"Sangat mengagumkan apabila melihat buku-buku Harry Potter melakukannya dengan baik dan mencetuskan tawaran sengit," kata pelelong Hansons.

Iklan

Buku-buku tersebut adalah salinan ketiga edisi pertama kulit keras yang dijumpai oleh syarikat yang berpangkalan di Derbyshire dalam tempoh 12 bulan terakhir, dan pakar buku, Jim Spencer, menggambarkannya sebagai"harta karun" bagi pengumpul buku. -Agensi