Anggota tentera maut dirempuh kereta

Iklan
Rakaman video di lokasi kejadian turut tular di laman sosial.

HULU SELANGOR - Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia maut dalam kemalangan di Kilometer 8 Jalan Sungai Choh - Bukit Beruntung di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, mangsa yang dikenali sebagai Jamilul Firdaus, 34, dalam perjalanan dari Bukit Sentosa ke tempat kerjanya di Markas Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Bukit Hagate Jalan Padang Tembak, Keramat, pada jam 6.10 pagi.

Iklan
Iklan

"Sebuah kereta jenis Honda Accord yang dipandu seorang lelaki berusia 22 tahun telah hilang kawalan dan terbabas serta melanggar motosikal jenis Honda EX5 yang dinaiki mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Arsad berkata, mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta yang juga seorang pelajar itu tidak mengalami kecederaan.

Iklan

"Lelaki berkenaan telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan