JITRA - Seorang penuntut Kolej Matrikulasi Changlun maut diseret sebuah kereta sebaik sahaja terbabas selepas melanggar sebuah kereta di lorong kecemasan di Kilometer 32 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) di sini, kelmarin.
Motosikal ditunggang Syazwan Mohd Shahirudin, 19, dari arah Jitra menghala ke Kepala Batas dipercayai melanggar bucu kanan kereta yang rosak di lorong kecemasan dalam kejadian jam 8.40 malam.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, pelanggaran itu berkenaan menyebabkan mangsa terdorong ke tengah jalan.
"Ketika itu terdapat sebuah lagi kereta dari arah sama yang dipandu seorang jururawat wanita berusia 29 tahun yang tidak sempat mengelak lalu terlanggar dan mengheret mangsa bersama motosikalnya sejauh 10 meter.
"Mangsa yang cedera parah pada bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan kes itu disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Menurutnya, pemandu kereta yang rosak itu tiada di tempat kejadian dan Plus memaklumkan kenderaan itu yang diletakkan 10 kon di bahagian belakang ditinggalkan sejak jam 8 pagi.
Artikel Berkaitan