Main bola keranjang, lumba haram, 22 lelaki dikompaun RM1,000 seorang
Iklan
BUTTERWORTH - Gara-gara bermain bola keranjang dan berlumba haram, 22 lelaki dikenakan kompaun RM1,000 seorang kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dalam operasi penguatkuasaan berasingan di Taman Teratai Indah di sini dan Jalan Penaga, Kepala Batas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, sepasukan polis yang membuat pemantauan penguatkuasaan PKPB Covid-19 pada 6 petang semalam mendapati sekumpulan 15 lelaki berusia 18 hingga 25 tahun bermain bola keranjang di gelanggang dalam kawasan perumahan berkenaan.
Iklan
Iklan
"Pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi swasta itu didapati melanggar arahan PKPB dengan berkumpul beramai-ramai melakukan aktiviti sukan.
"Sebelum ini polis sudah memberi amaran kepada mereka dan ini adalah kali kedua mereka bermain bola keranjang di situ," katanya di sini hari ini.
Iklan
Sementara itu, tujuh mat rempit berusia 13 hingga 24 tahun, termasuk empat pelajar sekolah menengah yang menunggang motosikal tanpa lesen dan tiada cukai jalan didapati berkumpul di sebuah stesen minyak di Jalan Penaga, Kepala Batas dekat sini, dipercayai berlumba haram turut dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang.
Menurut Noorzainy, polis menerima maklumat mengenai sekumpulan mat rempit berlumba haram dan melakukan aksi tunggangan motosikal berbahaya di kawasan itu, sebelum sepasukan polis ke lokasi bagi membuat pemantauan samseng jalanan pada 6.40 petang semalam.
Iklan
"Tujuh buah motosikal milik mat rempit tersebut turut disita kerana pelbagai kesalahan termasuk ubah suai keterlaluan serta tiada cukai jalan," katanya, sambil menambah polis turut mengeluarkan 36 saman dalam pemantauan samseng jalanan atas pelbagai kesalahan lalu lintas. - Bernama
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam