BENTONG - Kepincangan yang berlaku di dalam organisasi Felda menyebabkan generasi baharu mula berhijrah keluar bagi mencari pekerjaan yang boleh menjamin kehidupan.
Ketua Peneroka Felda Lurah Bilut, Md Zulkifle Md Yunos berkata, masa depan generasi baharu di Felda Lurah Bilut kini sukar untuk meneruskan dan mewarisi kehidupan di tanah rancangan itu.
"Harga komoditi sawit yang rendah menyebabkan pendapatan diterima generasi baru yang kebanyakannya terdiri daripada golongan belia juga rendah selain perlu dibahagikan dengan adik-beradik lain.
"Sebagai contoh, jika mereka ada lapan adik beradik, maka terpaksa bahagikan hasil yang semestinya tidak cukup untuk menyara kehidupan hingga menyebabkan mereka keluar dari Felda untuk cari kerja lain.
Menurutnya, Felda yang dibuka pada 1959 kini diwarisi hingga generasi kelima itu tidak lagi mampu menaruh harapan sepenuhnya untuk meletakkan masa depan mereka terhadap Felda.
"Satu lagi yang menjadi dilema generasi baru ialah mereka tidak dapat membuat pinjaman bank termasuk untuk membeli rumah kerana tiada slip gaji yang hanya dinamakan kepada generasi pertama atau ditukar kepada pentadbir selepas kematian generasi pertama,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini, semalam.
Dalam pada itu, Md Zulkifle berkata, disebabkan generasi kedua dan seterusnya tidak mampu menyambung legasi generasi pertama yang fokus penanaman sawit sepenuhnya menyebabkan mereka mula memfokuskan kerjaya seperti usahawan dan pelancongan
"Meskipun Felda Lurah Bilut mempunyai prasarana yang lengkap selepas ditransformasikan sebagai Lembah Digital, pelbagai kekangan menyebabkan usaha melonjakkan pembangunan usahawan dan pelancongan di sini tidak berkembang.
"Pembinaan Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) yang dilakukan tanpa membuat laluan keluar di Felda ini pula dilihat akan membantutkan pembangunan yang dirancang di kawasan ini terutama dalam perniagaan dan pelancongan,” katanya.